Kelemahan hantu raya Hantu raya

Rawatan menurut Islam

Dari segi agama Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin.

Rawatan menurut budaya Melayu

Dalam amalan masyarakat Melayu pula, menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.[perlu rujukan] Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam [perlu rujukan] adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.